SELANGOR

Perangsang Selangor sasar selesai penstrukturan air

19 Jul 2018, 3:23 AM
Perangsang Selangor sasar selesai penstrukturan air

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 19 JULAI: Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) mensasarkan untuk menyelesaikan isu penstrukturan air, di negeri ini dalam tempoh terdekat.

Ketua Pegawai Operasi KPS, Suzila Khairuddin berkata, ia antara matlamat utama Kerajaan Negeri seperti dimaklumkan Dato' Menteri Besar, Amirudin Shari sebelum ini.

"Kami daripada KPS turut komited menyelesaikannya dan ia akan dilakukan dalam masa terdekat," katanya kepada SelangorKini selepas Program Cergas Sihat KPS, di Plaza Perangsang, pagi tadi.

KPS mempunyai 30 peratus kepentingan dalam Syarikat Pengeluaran Air Selangor Sdn Bhd (SPLASH).

Sebelum ini, penstrukturan air tidak mendapat kata putus memandangkan Selangor bergelar negeri pembangkang di peringkat Persekutuan.

Malah pengambilalihan sepenuhnya juga sukar dibuat susulan keengganan Kementerian Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) masih belum mengemukakan nilai sebenar ekuiti rundingan.

Kelewatan itu menyebabkan proses rundingan gagal dimuktamadkan walaupun di peringkat Kerajaan Negeri, jumlah nilai ekuiti sebenar sudah dinyatakan menerusi lantikan panel penilai negeri.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619