AGENDA

Nahas FRU: Laporan siasatan awal dibentang kepada Kabinet minggu depan

4 Jun 2025, 1:20 PM
Nahas FRU: Laporan siasatan awal dibentang kepada Kabinet minggu depan

PUTRAJAYA, 4 JUN: Laporan siasatan awal kes kemalangan maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) di Teluk Intan, Perak akan dibentang kepada Jemaah Menteri minggu depan, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Bercakap dalam sidang media di sini hari ini beliau berkata laporan oleh pasukan petugas khas itu akan dibentangkan bagi mendapatkan pandangan daripada Jemaah Menteri untuk tindakan lanjut.

Pasukan petugas khas itu ditubuhkan bagi menyiasat insiden kemalangan maut pada 13 Mei lepas, dan ia dianggotai oleh pakar serta wakil agensi utama yang berkaitan, dengan Ketua Inspektor Kemalangan Udara Kementerian Pengangkutan Brig Jen Tan Chee Kee sebagai pengerusi.

Dalam kejadian 13 Mei itu, sembilan anggota FRU dari Unit 5 Ipoh maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam pada 8.50 pagi, semasa konvoi pasukan itu dalam perjalanan pulang selepas bertugas sempena sambutan Chitirai Pournami di Teluk Intan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619