AGENDA

Angka korban Palestin meningkat kepada 54,249, lebih 123,000 cedera

29 Mei 2025, 8:33 PM
Angka korban Palestin meningkat kepada 54,249, lebih 123,000 cedera

GAZA, 29 MEI: Angka kematian di Semenanjung Gaza kini meningkat kepada 54,249 orang, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak Israel melancarkan serangan ketenteraannya pada 7 Oktober 2023, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA) yang memetik sumber perubatan semalam.

Jumlah yang cedera pula meningkat kepada 123,492 orang, dengan ribuan lagi masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan, manakala usaha menyelamat terus terjejas teruk akibat pengeboman berterusan.

Dalam tempoh 24 jam lalu, 67 lagi dilaporkan terbunuh, termasuk tiga mayat yang ditemukan di bawah runtuhan, manakala 184 orang cedera.

Angka ini tidak termasuk mangsa di Gaza utara, yang masih belum dapat dikenal pasti berikutan akses ke hospital yang mustahil akibat pertempuran sengit.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619