AGENDA

Bayi meninggal dunia: Taska diarah tutup sehingga siasatan selesai

29 Mei 2025, 3:36 PM
Bayi meninggal dunia: Taska diarah tutup sehingga siasatan selesai

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Sebuah taska di Taman Danau Kota di sini diarah tutup susulan kes kematian bayi lelaki berusia tujuh bulan Isnin lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Datuk Che Murad Sayang Ramjan ketika dihubungi berkata taska berkenaan diarah menghentikan operasi sehingga siasatan selesai.

Semalam, semakan JKM terhadap taska di Taman Danau Kota yang terbabit dengan kejadian seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan ditemukan tidak sedarkan diri mendapatinya berdaftar.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Syahrul Anuar Abdul Wahab berkata tiada tangkapan dibuat berhubung kes berkenaan.

“Beberapa saksi yang dikenal pasti sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan, termasuk pemilik taska, pengasuh, ibu bapa bayi berkenaan serta pihak JKM.

“Siasatan kes itu sedang dijalankan Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dalam semua aspek termasuk unsur kecuaian," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju, di sini hari ini.

Semalam, Bernama melaporkan kematian bayi lelaki berusia tujuh bulan itu disahkan akibat tersedak susu dan kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619