AGENDA

Proton e.MAS 7 jadi kenderaan rasmi Sidang Kemuncak Asean 2025

21 Mei 2025, 3:18 PM
Proton e.MAS 7 jadi kenderaan rasmi Sidang Kemuncak Asean 2025

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya pemilihan Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan rasmi negara sempena Kepengerusian Asean 2025, mampu menjadi pemangkin kepada promosi dan pembangunan industri kenderaan elektrik (EV) negara.

Perdana Menteri berkata perkara itu khususnya ketika negara menjadi tuan rumah untuk Sidang Kemuncak Asean Ke-46, yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Beliau berkata pemilihan itu bukan sahaja mencerminkan kemajuan teknologi tempatan, tetapi juga keyakinan terhadap kebolehan anak tempatan dalam menerajui industri automotif masa hadapan.

“Inisiatif ini juga seiring dengan komitmen Malaysia ke arah pelepasan karbon sifar bersih menjelang tahun-tahun mendatang, selaras dengan agenda kelestarian dan peralihan tenaga hijau negara di bawah kerangka Malaysia Madani.

“Marilah kita terus menyokong inovasi tempatan dan berusaha ke arah masa depan yang lebih lestari, berdaya saing dan berteknologi tinggi,” kata beliau menerusi hantaran di Facebook.

Dalam hantaran itu, Perdana Menteri turut berkongsi pengalaman memandu uji kenderaan elektrik pertama keluaran Proton itu, di sekitar kawasan pejabat beliau hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619