AGENDA

Kanak-kanak tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29 rumah pengasuh

21 Mei 2025, 2:18 AM
Kanak-kanak tujuh tahun maut jatuh dari tingkat 29 rumah pengasuh

KUALA LUMPUR, 21 MEI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 29 kediaman pengasuhnya di sebuah kondominium di Puchong dekat sini, semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya Supt Mohd Fairus Jaafar berkata pihaknya menerima laporan berkaitan kejadian itu pada 12.30 tengah hari.

"Hasil pemeriksaan menemukan mangsa dalam keadaan terlentang di atas lantai tingkat lima bangunan tersebut dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Fairus berkata siasatan awal mendapati mangsa dipercayai memanjat tingkap bilik sebelum terjatuh, dan tingkap tersebut tidak dipasang jeriji keselamatan.

Beliau berkata setakat ini, tiada unsur jenayah dikenal pasti dalam kejadian itu, dan polis telah mengambil keterangan daripada pengasuh untuk membantu siasatan.

Siasatan awal katanya mendapati ketika kejadian, ibu mangsa sedang menjaga seorang lagi anak yang menjalani kuarantin di rumah mereka, manakala bapa kanak-kanak berkenaan tiada di rumah kerana bekerja.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619