NASIONAL

Fuziah sedia jumpa Sajat, Safiey bantu krisis identiti

6 Jul 2018, 11:56 PM
Fuziah sedia jumpa Sajat, Safiey bantu krisis identiti

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 JUL: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh bersedia menemui dua usahawan kosmetik Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias.

Fuziah berkata, dia bersedia membantu dua usahawan itu yang dikatakan menghadapi konflik identiti sekaligus membantu mereka kembali kepada fitrah.

Katanya, konflik dalaman kedua-dua personaliti itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan membenci mereka.

"Saya tidak mengatakan apa ydilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah perlu diambil, bukan dengan cara menghukum," katanya dipetik BERNAMA.

Beliau berkata demikian ketika Jamuan Aidilfitri Maahad Tahfiz Negeri Pahang di Kuantan semalam.

Memegang portfolio Hal Ehwal Agama Islam di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah turut mempunyai Ijazah Sarjana Muda Psikologi Kaunseling dari United Kingdom.

Katanya, pengalamannya sendiri pernah menyaksikan golongan lelaki yang menyerupai wanita kembali kepada fitrah apabila didekati secara berhemah.

"Kita bersedia membantu untuk selesaikan masalah mereka," katanya.

Sebelum ini, Nur Sajat dan Safiey Ilias dipercayai menghadapi konflik identiti diri dan saling menyindir antara satu sama lain di laman sosial masing-masing.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619