AGENDA

Selangor larang iklan vape, penguatkuasaan diperkasa demi kesihatan awam

20 Mei 2025, 5:29 AM
Selangor larang iklan vape, penguatkuasaan diperkasa demi kesihatan awam
Selangor larang iklan vape, penguatkuasaan diperkasa demi kesihatan awam

SHAH ALAM, 20 MEI: Kerajaan Selangor mengarahkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) merampas dan menyita sebarang iklan berkaitan produk rokok elektronik atau vape di semua medium fizikal termasuk papan iklan digital atau LED.

EXCO kesihatan awam berkata tindakan itu selaras dengan peruntukan Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 (Akta 852) bagi melindungi rakyat khususnya generasi muda daripada ancaman vape yang semakin membimbangkan.

[caption id="attachment_670420" align="aligncenter" width="812"] EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin berucap dalam Majlis Perasmian Hari Psikologi dan Hari Terbuka Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Selangor (Akrab) Perkhidmatan SUK Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 28 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Menurut Laporan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022, hampir 14.9 peratus remaja lelaki berumur 13 hingga 17 tahun adalah pengguna vape.

“Statistik ini menuntut tindakan segera. Kerajaan Negeri akan mengadakan mesyuarat lanjutan bagi membincangkan dasar yang wajar sebelum diputuskan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.

“Sementara menunggu keputusan rasmi, arahan segera diberikan kepada PBT supaya merampas dan menyita iklan vape di mana-mana medium,” kata Jamaliah Jamaluddin dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar memaklumkan cadangan melarang penjualan produk vape dan rokok elektronik di Selangor akan dibentangkan dalam sidang Dewan Negeri akan datang.

Menurut Dato’ Seri Amirudin Shari, langkah ini susulan kebimbangan kesihatan yang semakin serius, termasuk laporan pelajar menghisap vape berhampiran kawasan sekolah.

Terengganu dan Johor antara negeri yang telah melaksanakan larangan penjualan vape lebih awal, dengan Terengganu mengumumkan larangan berkuatkuasa 1 Ogos ini manakala Johor sejak 2016.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula berkata Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melarang penjualan rokok elektronik.

Beliau turut melahirkan kebimbangan bahawa penjualan vape boleh membawa kepada penyalahgunaan dadah sintetik jenis baharu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619