AGENDA

Lebih 2,000 tan matrik sisa pepejal dikutip setiap hari di KL

15 Mei 2025, 3:10 PM
Lebih 2,000 tan matrik sisa pepejal dikutip setiap hari di KL

KUALA LUMPUR, 15 MEI: Lebih 2,000 tan metrik sisa pepejal dikutip setiap hari di Kuala Lumpur, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa.

Beliau berkata jumlah itu melibatkan kos pengurusan mencecah RM220 juta setahun yang ditanggung oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Ini satu angka yang besar dan membimbangkan. Justeru, kita tidak boleh lagi bertindak secara reaktif atau berpuas hati dengan pendekatan lama.

“Kita tidak punya banyak masa. Kita perlu bermula sekarang. Ibu kota ini perlu diwariskan kepada generasi masa depan. Saya tidak mahu dalam kepimpinan saya, tiada sebarang agenda mahupun tindakan untuk menyelesaikan isu yang sepatutnya sudah lama diselesaikan ini,” katanya menerusi hantaran di platform X.

Beliau berkata demikian sempena pelancaran Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur ke Arah Sifar Sisa 2040, yang juga satu komitmen besar ke arah menjadikan ibu negara lebih bersih dan lestari.

Dr Zaliha berkata melalui pelan itu, negara menyasarkan pengurangan 20 peratus sisa organik dan 40 peratus sisa bukan organik (20:40) ke tapak pelupusan menjelang 2040.

“Ini bukan sahaja memerlukan perubahan sistem, tetapi perubahan budaya,” katanya.

Beliau berkata usaha itu tidak boleh dipikul DBKL semata-mata, sebaliknya perlu digerakkan secara bersama oleh semua pihak termasuk kerajaan, industri, komuniti dan institusi pendidikan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619