AGENDA

KPN ucap takziah kepada keluarga anggota FRU terlibat kemalangan maut

13 Mei 2025, 6:10 AM
KPN ucap takziah kepada keluarga anggota FRU terlibat kemalangan maut

KUALA LUMPUR, 13 MEI: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain hari ini menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang maut dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Beliau yang mewakili seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menzahirkan rasa sedih dan simpati di atas insiden yang menimpa kesemua anggota yang terlibat.

“Jasa dan pengorbanan mereka amat dihargai, kemalangan berlaku selepas mereka selesai melaksanakan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan. PDRM akan memastikan kebajikan keluarga anggota yang terkorban diberi perhatian sebaiknya,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Polis Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin hari ini berkata angka kematian dalam kemalangan membabitkan lori pasukan FRU dengan lori muatan batu, meningkat kepada sembilan orang.

Kesemua yang maut adalah anggota FRU dari Unit 5 Ipoh dan mayat dibawa ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619