AGENDA

Budak perempuan tujuh tahun hilang di muara sungai ditemukan lemas

11 Mei 2025, 2:30 AM
Budak perempuan tujuh tahun hilang di muara sungai ditemukan lemas

KUANTAN, 11 MEI: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di muara Sungai Balok di sini ditemukan lemas tengah malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim berkata mangsa Nur Afia Ramadhannie Zolkurnain dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dikatakan hilang semalam.

“Mangsa ditemukan oleh anggota bomba di tebing pasir pada 12.43 tengah malam dan mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata mangsa telah ke lokasi berkenaan bersama keluarga untuk mandi-manda dan mencari kepah sebelum disedari hilang sekitar 3.50 petang.

Beliau berkata pemeriksaan terhadap mangsa didapati tiada kesan kecederaan dan unsur jenayah, dan mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan di sini.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau serta mengawal anak-anak ketika berada di lokasi perkelahan, antaranya di pantai dan air terjun.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619