SUKANKINI

Cub Prix: Fazrul kembali beraksi

3 Jul 2018, 7:19 AM
Cub Prix: Fazrul kembali beraksi
Cub Prix: Fazrul kembali beraksi

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 JUL: Juara CP130 2015, Ahmad Fazrul Sham kembali bersaing dalam Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS pusingan kedua di Litar MAEPS, Serdang, pada 7 hingga 8 Julai ini.

Pelumba berusia 33 tahun itu mewakili AHM Yamaha Nanoplus Racing berganding dengan Mohd Iqbal Amri Abd Malek dan Mohd Rozaiman Said selepas tidak beraksi pada pusingan pembukaan di Litar Tangkak, April lalu.

Beliau berkata, terdapat beberapa masalah tidak dapat dielakkan yang menyebabkannya tidak dapat beraksi pada pusingan pertama.

"Saya mengalami patah bahu sebelum perlumbaan di Tangkak tetapi mujur selepas itu kejuaraan berhenti rehat panjang dan hanya terlepas satu perlumbaan.

"Ketika ini semua telah selesai dan saya berharap dapat memulakan aksi dengan baik di MAEPS minggu ini," katanya.

Katanya, walaupun terlepas pusingan pembukaan tetapi saingan masih berbaki sembilan pusingan.

Walaupun tidak meletak sasaran tinggi, Fazrul berkata, diharapkan dapat menamatkan saingan di kedudukan lebih baik berbanding musim lalu.

Pada tahun lalu, Fazrul terlepas dua aksi pusingan awal kejuaraan dan menyaksikannya sekadar menamatkan musim di tangga ke 15 keseluruhan dengan 29 mata.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619