AGENDA

Feri percuma sempena Hari Wesak Isnin ini

10 Mei 2025, 1:00 AM
Feri percuma sempena Hari Wesak Isnin ini

GEORGE TOWN, 10 MEI: Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang (SPPP) dan Penang Port Sdn Bhd (PPSB) mengumumkan perkhidmatan feri percuma bagi warganegara Malaysia sempena Hari Wesak 12 Mei ini.

Pengerusi SPPP Datuk Yeoh Soon Hin berkata tambang percuma itu melibatkan perjalanan kedua-dua arah dari Pangkalan Sultan Abdul Halim (PSAH) ke Pangkalan Raja Tun Uda (PRTU) dan sebaliknya.

“Trip pertama dari PSAH bermula pada 6.30 pagi dan terakhir pada 11 malam manakala dari Pangkalan Raja Tun Uda bermula 7 pagi dengan trip terakhir pada 11.30 malam.

“Orang ramai dinasihatkan merancang perjalanan lebih awal dan merujuk jadual feri yang terkini melalui laman sesawang serta media sosial rasmi SPPP dan PPSB,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Yeoh berkata perkhidmatan percuma itu bukan sahaja bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas tetapi juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam yang lebih lestari dan efisien.

Beliau memaklumkan statistik perkhidmatan feri melibatkan perjalanan dua hala pada sambutan Hari Wesak tahun lalu merekodkan lebih 4,391 penumpang pejalan kaki dan 1,584 kenderaan dua roda.

Angka itu menyumbang kepada jumlah penumpang pejalan kaki bagi 2024 2.13 juta dan 747,785 kenderaan dua roda.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619