SELANGOR

KPDNKK Selangor tunggu ujian petrol campur air

2 Jul 2018, 8:50 AM
KPDNKK Selangor tunggu ujian petrol campur air

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 2 JULAI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Selangor masih menunggu ujian sampel petrol yang didakwa dicampur dengan air.

Ketua Pegawai Penguat kuasanya, Azman Adam berkata, sampel itu dihantar ke Jabatan Kimia di Petaling Jaya, baru-baru ini untuk proses uji kaji.

Beliau berkata, pihaknya terpaksa berbuat demikian setelah mendapat aduan sebuah stesen minyak di Ara Damansara mencampurkan kandungan minyak petrol dengan air.

"Kes berkenaan tular di media sosial dan KPDNKK sudah menghantar pegawai ke stesyen minyak terbabit dan menjalankan siasatan.

“Pengusaha seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan perkara ini timbul kerana kita tidak akan berkompromi,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Katanya, ia adalah kes pertama diadukan kepada KPDNKK Selangor tahun ini dan tindakan susulan sudah diambil.

"Kes disiasat mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dan Akta Perlindungan Pengguna 1999," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619