AGENDA

Cemburu berakhir tragedi, pembantu kedai maut ditikam di ladang sawit

1 Mei 2025, 1:37 PM
Cemburu berakhir tragedi, pembantu kedai maut ditikam di ladang sawit

IPOH, 1 MEI: Polis hari ini memberkas seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam pembunuhan seorang pembantu kedai di sebuah ladang kelapa sawit di Simpang, Taiping dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping ACP Mohamad Nasir Ismail berkata suspek ditahan di kawasan Aulong, Taiping pada kira-kira 11 pagi bersama sebilah parang yang dipercayai digunakan untuk menikam mangsa, 19.

“Pihak polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan melalui orang awam yang menjumpai mangsa tertiarap dan berlumuran darah pada 2.55 petang.

“Susulan itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping telah digerakkan dan berjaya memberkas suspek dalam masa kurang daripada 24 jam,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Mohamad Nasir berkata siasatan awal mendapati pembunuhan itu bermotifkan cemburu dan suspek yang berusia 40 tahun mempunyai empat rekod jenayah.

Beliau berkata hasil saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis morfin.

"Suspek juga akan dibawa ke Mahkamah Taiping untuk permohonan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619