AGENDA

Kawasan yang tinggal di Gaza tidak selamat, tidak boleh diduduki

25 Apr 2025, 11:00 AM
Kawasan yang tinggal di Gaza tidak selamat, tidak boleh diduduki

NEW YORK, 25 APRIL: Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Jumaat memaklumkan bahawa kira-kira 500,000 orang lagi telah kehilangan tempat tinggal di Semenanjung Gaza sepanjang bulan lepas susulan arahan pemindahan berulang kali yang dikeluarkan oleh tentera Israel.

Menurut Agensi Berita dan Penerangan Palestin (WAFA), UNRWA dalam kenyataan yang dikongsi di platform X berkata gelombang pemindahan terbaharu itu telah mengehadkan pergerakan penduduk Palestin kepada kurang satu pertiga daripada keluasan asal wilayah Gaza. Kawasan yang masih ada pula digambarkan sebagai "berpecah-pecah, tidak selamat dan hampir tidak boleh diduduki."

UNRWA turut menegaskan keadaan kemanusiaan yang amat buruk di pusat perlindungan yang sesak, menyifatkannya sebagai satu bencana. Agensi itu berkata para penyedia perkhidmatan kini bergelut untuk beroperasi ekoran hampir kesemua sumber sedia ada telah habis digunakan.

Agensi berkenaan turut mengesahkan bahawa serangan berterusan oleh Israel terus memburukkan lagi krisis kemanusiaan di Gaza, dengan keluarga yang hilang tempat tinggal berdepan kesukaran melampau serta akses yang sangat terhad kepada perkhidmatan asas seperti makanan, air, penjagaan kesihatan dan sanitasi.

- BERNAMA-WAFA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619