AGENDA

PM ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM, teruskan usaha ke peringkat lebih tinggi

24 Apr 2025, 7:38 AM
PM ucap tahniah kepada pelajar cemerlang SPM, teruskan usaha ke peringkat lebih tinggi

KUALA LUMPUR, 24 APRIL: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang diumumkan hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berharap mereka dapat meneruskan usaha dan tekad untuk menuntut ilmu sehingga ke peringkat lebih tinggi.

Bagi pelajar yang kurang bernasib baik, Perdana Menteri menasihati agar mereka tidak berputus asa, sebaliknya terus berusaha dan mengambil peluang terhadap pelbagai laluan pendidikan lain yang disediakan.

"Kerajaan Madani sentiasa bekerja kuat membantu anak-anak Malaysia melalui sistem pendidikan tinggi yang berkualiti selain inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang membuka laluan alternatif ke arah masa depan yang lebih cerah," kata Anwar.

Keputusan peperiksaan SPM 2024 mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2013 dengan indeks Gred Purata Kebangsaan (GPK) 4.49 mata berbanding 4.60 mata pada 2023.

Analisis keputusan SPM 2024 menunjukkan bilangan calon memperoleh keputusan cemerlang, iaitu Gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran, meningkat kepada 14,179 orang atau 3.7 peratus berbanding 11,713 calon pada 2023.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619