AGENDA

PM Kemboja zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah

16 Apr 2025, 5:30 AM
PM Kemboja zahir takziah atas pemergian Tun Abdullah

PHNOM PENH, 16 APRIL: Perdana Menteri Kemboja Hun Mane, menzahirkan ucapan takziah atas pemergian bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah Ahmad Badawi, menyertai para pemimpin serantau lain dalam mengenang jasa dan sumbangannya.

Dalam satu surat kepada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa, Hun Manet berkata bahawa kepimpinan Tun Abdullah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosioekonomi negara serta meninggalkan legasi yang akan terus menjadi inspirasi kepada generasi akan datang, menurut laporan Agence Kampuchea Presse.

“Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan seorang pemimpin ulung Malaysia dan sahabat akrab kepada Kemboja.

“Bagi pihak kerajaan dan rakyat Kemboja, saya merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Malaysia, serta kepada ahli keluarga Tun Abdullah Ahmad Badawi atas kehilangan besar ini.

“Semoga rohnya tenang di sana,” kata Hun Manet seperti yang dilaporkan agensi berita kebangsaan negara itu.

Tun Abdullah, 85, merupakan Perdana Menteri Malaysia kelima.

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara pada petang Isnin dan dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur, Selasa.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619