AGENDA

Lelaki ditahan muat naik video aib PM di media sosial, cetus ketegangan awam

15 Apr 2025, 2:40 PM
Lelaki ditahan muat naik video aib PM di media sosial, cetus ketegangan awam

KOTA BHARU, 15 APRIL: Seorang lelaki berusia 25 tahun ditahan polis, selepas didapati memuat naik sebuah video mengaibkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di aplikasi TikTok, dengan niat membangkitkan ketegangan awam serta memboikot Majlis Sambutan Aidilfitri Madani yang telah berlangsung pada 12 April di Pantai Irama, Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok Supt Mohamad Ismail Jamaluddin berkata video itu bukan sahaja mengandungi kata-kata kesat dan jolokan tidak senonoh terhadap Perdana Menteri, malah turut menuduh Anwar akan menipu orang ramai semasa kehadirannya di majlis itu.

Berikutan itu, polis telah menerima laporan pada 11 April dan bertindak menahan suspek dan merampas telefon bimbitnya bagi tujuan siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

“Hasil pemeriksaan lanjut ke atas telefon bimbit suspek turut menemui kandungan video dan gambar lucah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Walau bagaimanapun, siasatan bagi kesalahan lain masih diteruskan sementara menunggu laporan penuh daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

“Polis menasihatkan orang ramai khususnya pemilik akaun media sosial, agar tidak menyebarkan kandungan yang menyentuh isu 3R (Raja, Bangsa, Agama) yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619