AGENDA

Jenazah Tun Abdullah dibawa ke Masjid Negara untuk dikebumikan

15 Apr 2025, 1:08 AM
Jenazah Tun Abdullah dibawa ke Masjid Negara untuk dikebumikan

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Jenazah Perdana Menteri Kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi, dibawa ke Masjid Negara pada 8.15 pagi ini untuk dikebumikan mengikut Istiadat Pengebumian Negara di Makam Pahlawan di sini.

Van yang membawa jenazah bekas perdana menteri itu tiba di perkarangan Masjid Negara dari kediaman Allahyarham di Bait Badawi di Persiaran Tuanku Jaafar di sini.

Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Tun Abdullah boleh berbuat demikian di Dewan Solat Utama Masjid Negara, dari 11 pagi hingga 1 tengah hari ini.

Jenazah kemudiannya akan dibawa ke Makam Pahlawan untuk dikebumikan selepas zuhur.

Abdullah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada 7.10 malam tadi pada usia 85 tahun.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619