AGENDA

Malaysia lokasi penting Sweden, labur 97 projek perkilangan bernilai RM7.77 bilion

8 Apr 2025, 1:27 AM
Malaysia lokasi penting Sweden, labur 97 projek perkilangan bernilai RM7.77 bilion

KUALA LUMPUR, 8 APRIL: Malaysia merupakan antara lokasi penting bagi pelaburan Sweden dengan mencatat sebanyak 97 projek perkilangan setakat 2024 yang bernilai RM7.77 bilion.

Ketika berkongsi pencapaian itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan itu juga telah mewujudkan sebanyak 5,982 peluang pekerjaan.

"Pada tahun lepas, nilai dagangan dua hala kita mencecah RM3.58 bilion, bukti kukuhnya kerjasama ekonomi Malaysia-Sweden," kata beliau dalam catatan terbaharunya di laman sosial X yang juga sebagai mengalu-alukan kehadiran Duta Besar baharu Sweden ke negara ini, Niklas Wiberg.

Tengku Zafrul berkata pada masa ini, banyak syarikat terkenal Sweden beroperasi di Malaysia seperti platform muzik Spotify, pengeluar pakaian H&M, pengeluar gajet Ericsson, pengeluar kenderaan Volvo dan gedung perniagaan IKEA.

“Kita harap hubungan ekonomi Malaysia dan Sweden akan terus berkembang demi manfaat bersama," katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619