SUKANKINI

Belgium mula langkah kanan tewaskan Panama 3-0

18 Jun 2018, 11:19 PM
Belgium mula langkah kanan tewaskan Panama 3-0

MOSCOW 19 JUN: Kehebatan individu berjaya memecahkan pertahanan Panama namun bagi jurulatih Belgium, Roberto Martinez kemenangan 3-0 itu mengukuhkan pasukannya yang memburu gelaran Piala Dunia.

Jaringan voli Dries Mertens dua minit pada separuh masa kedua amat penting untuk melegakan tekanan ketika Belgium mencatat tujuh perlawanan pertama Piala Dunia berturut-turut tanpa sebarang gol pada separuh masa pertama.

"Ia memberi anda ruang untuk bernafas," kata Martinez.

"Saya dapat rasakan pada detik itu, kami menjadi diri sendiri dan lebih mengawal perlawanan."

Jaringan berganda Romelu Lukaku, yang dibantu Eden Hazard dan Kevin De Bruyne, menamatkan saingan pasukan Amerika Tengah itu pada penampilan pertama di Piala Dunia.

Namun Martinez yang dibawa masuk dua tahun lalu untuk menamatkan era generasi emas The Red Devils yang kurang menyerlah turut memuji komitmen penyerangnya untuk kembali bertahan.

"Tiada perlawanan yang mudah," kata beliau yang memuji kekebalan pertahanannya ke atas Panama yang akan menentang England dan Tunisia selepas itu.

"Kami agak gementar tetapi saya gembira dengan corak pertahanan kami.

"Anda pastinya lebih berbangga apabila mereka beraksi sebagai satu pasukan dan semua orang menunjukkan kesediaan mereka untuk membantu," kata jurulatih Sepanyol itu yang berjaya membentuk pasukan dibarisi pemain bintang dengan idea yang pernah digunakan untuk pasukan bawahan seperti Everton dan Wigan Athletic dalam Liga Perdana Inggeris.

"Ia satu detik terbaik untuk membuktikan kematangan. Ia satu detik untuk membuktikan ketenangan dan penyatuan pasukan," kata beliau.

"Saya gembira dengan komitmen setiap pemain."

SUMBER: REUTERS

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619