AGENDA

MB: Elak dekati kawasan kebakaran, beri ruang pihak berkuasa laksana SAR

1 Apr 2025, 6:00 AM
MB: Elak dekati kawasan kebakaran, beri ruang pihak berkuasa laksana SAR
MB: Elak dekati kawasan kebakaran, beri ruang pihak berkuasa laksana SAR

SHAH ALAM, 1 APRIL: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menasihatkan orang ramai supaya tidak mendekati kawasan kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya, Selangor pagi ini.

Beliau turut meminta supaya ruang diberikan kepada pasukan keselamatan memadam kebakaran dan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

"Proses cari dan menyelamat mangsa sedang berlangsung, dan sehingga jam 11:00 pagi, usaha evakuasi oleh JBPM mengeluarkan tujuh mangsa, termasuk dua warga emas.

"Sementara usaha ini masih berterusan, saya menasihatkan orang awam untuk tidak mendekati kawasan tersebut sehingga situasi kebakaran dapat dikawal dan disahkan selamat oleh JBPM," kata beliau menerusi Facebook hari ini.

Mengulas lanjut Amirudin berkata keutamaan kini adalah mengawal kebakaran serta menyelamatkan mangsa.

"Saya mendoakan Allah SWT melindungi seluruh anggota keselamatan dan agensi kerajaan yang sedang bertugas dalam situasi mencabar ini," katanya.

Menurutnya Unit Pengurusan Bencana Negeri sudah membuka satu Pusat Pemindahan Sementara di Putra Heights dan bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk menerima mangsa evakuasi.

Sementara itu tambahnya, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor turut bersedia menerima mangsa untuk dirawat di hospital berdekatan.

Dalam kejadian itu, saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya sepanjang 500 meter terbakar dan setakat 11 pagi tadi 30 orang menerima rawatan awal, dan beberapa orang dihantar ke Hospital Serdang, Putrajaya dan Cyberjaya untuk rawatan lanjut.

[caption id="attachment_694298" align="aligncenter" width="1165"] Pandangan dari Persiaran Harmoni kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, Subang Jaya pada 1 April 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIASELANGOR[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619