AGENDA

Musim perayaan, harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak terkawal

29 Mac 2025, 3:28 PM
Musim perayaan, harga tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak terkawal

KUALA LUMPUR, 29 MAC: Tambang tiket penerbangan pada musim perayaan tahun ini kekal lebih rendah dan terkawal, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata ia hasil inisiatif kerajaan yang menetapkan harga siling serta komitmen syarikat penerbangan yang menambah kapasiti penerbangan semasa musim perayaan.

“Ini merupakan satu cabaran besar setiap kali musim perayaan tetapi saya bangga kerana tahun ini kita tidak dengar tidak dapat beli tiket penerbangan balik Sabah, Sarawak ataupun tiket penerbangan yang terlalu mahal kerana memang kita ada dasar harga maksimum semasa musim perayaan.

“Tambahan pula ada penerbangan tambang tetap yang lebih rendah daripada harga maksimum kita,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Loke berkata semalam beliau berpeluang menyantuni penumpang Sabah dan Sarawak yang pulang ke kampung halaman untuk menyambut Aidilfitri bersama keluarga tercinta.

Beliau turut menzahirkan penghargaan atas usaha syarikat penerbangan yang menyediakan kapasiti tambahan kerana ia bukan suatu yang mudah dan memerlukan penyelarasan rapi pelbagai pihak seperti pengawal selia, syarikat penerbangan dan pengendali lapangan terbang.

“Tidak dilupakan, barisan petugas seperti pengawal trafik udara, krew kabin, juruterbang, dan pengendali darat yang membuat pengorbanan masa dan tenaga demi memastikan perjalanan rakyat Malaysia berjalan lancar,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619