BERITA UTAMA

Sambutan luar biasa tanda semangat rakyat bersama kerajaan baru

15 Jun 2018, 9:57 AM
Sambutan luar biasa tanda semangat rakyat bersama kerajaan baru
Sambutan luar biasa tanda semangat rakyat bersama kerajaan baru
Sambutan luar biasa tanda semangat rakyat bersama kerajaan baru
Sambutan luar biasa tanda semangat rakyat bersama kerajaan baru
Sambutan luar biasa tanda semangat rakyat bersama kerajaan baru

OLEH NAZLI IBRAHIM

PUTRAJAYA, 15 JUN: Kehadiran luar biasa masyarakat berbilang bangsa di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri mencerminkan sokongan padu rakyat terhadap kerajaan baru Pakatan Harapan (PAKATAN).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Dato' Seri Mohamed Azmin Ali berkata, sambutan diberikan rakyat terhadap majlis itu sangat luar biasa berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Suasana sambutan rumah terbuka aidilfitri Yang Amat Berhormat Perdana Menteri ini menunjukkan semangat rakyat untuk bersama kerajaan baru sangat kuat menjelang pasca PRU14.

"Insha Allah dengan sokongan begini besar Kerajaan Pakatan Harapan akan memenuhi aspirasi rakyat Malaysia keseluruhannya, insha allah," katanya kepada pemberita pada majlis yang diadakan di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, kehadiran masyarakat pelbagai kaum juga membuktikan kematangan rakyat menolak sentimen perkauman dan agama.

Katanya, keadaan ini dianggap sebagai petanda yang amat baik untuk Malaysia lebih maju ke hadapan.

Terdahulu, dianggarkan lebih 50,000 masyarakat berbilang bangsa hadir di Rumah Terbuka Perdana Menteri sejak awal pagi lagi.

Di samping menjamu selera dengan pelbagai juadah disediakan orang ramai turut tidak melepaskan peluang untuk bersalaman dengan pemimpim PAKATAN yang hadir.

 

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619