AGENDA

Penunggang motosikal 'ditelan' lubang benam di Seoul

25 Mac 2025, 7:55 AM
Penunggang motosikal 'ditelan' lubang benam di Seoul

SEOUL, 25 MAC: Seorang penunggang motosikal yang terjatuh ke dalam lubang benam di Seoul ditemukan dalam keadaan jantung terhenti pada Selasa, lapor Agensi Berita Yonhap.

Lubang benam berukuran 20 meter lebar dan 20 meter dalam itu tiba-tiba muncul pada Isnin di sebuah persimpangan berhampiran sebuah sekolah rendah di Gangdong Ward, timur Seoul sekitar 6.29 petang waktu tempatan.

Kejadian itu menyebabkan penunggang motosikal terbabit terjatuh ke dalam lubang, sementara seorang lagi pemandu kenderaan mengalami kecederaan selepas melalui kawasan itu, tepat sebelum lubang terbentuk.

"Mangsa, seorang lelaki dalam lingkungan 30-an ditemukan dalam keadaan jantung terhenti pada 11.22 pagi," kata seorang pegawai bomba di Gangdong Ward dalam satu taklimat kepada media.

Mangsa ditemukan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian.

Pihak berkuasa menemukan sebuah telefon bimbit yang dipercayai milik penunggang motosikal berkenaan pada 1.37 pagi, sebelum motosikalnya dijumpai kira-kira dua jam kemudian, lebih kurang 30 meter dari lokasi lubang benam terbentuk.

Atas faktor keselamatan, empat sekolah di kawasan berhampiran iaitu Sekolah Rendah Seoul Daemyeong, Sekolah Menengah dan Tinggi Hanyoung, serta Sekolah Tinggi Bahasa Asing Hanyoung ditutup pada Selasa.

- BERNAMA-YONHAP

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619