AGENDA

Bas bawa 20 pelancong China langgar belakang treler di lebuh raya Elite

22 Mac 2025, 9:00 AM
Bas bawa 20 pelancong China langgar belakang treler di lebuh raya Elite

SEREMBAN, 22 MAC: Seorang pemandu bas ekspres cedera parah manakala 20 penumpang mengalami cedera ringan akibat kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 43 arah selatan Lebuh raya Elite pada 8 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata siasatan awal mendapati bas jenis Hino dipandu lelaki warga tempatan berumur 46 tahun itu membawa 20 penumpang warga China dan seorang warga tempatan sebagai jurubahasa dari arah Kuala Lumpur menghala ke Singapura.

"Bas terbabit secara tiba-tiba melanggar belakang lori treler yang sedang mendaki di lorong kiri. Lori jenis Hino dipandu seorang lelaki tempatan berumur 51 tahun dari arah Shah Alam menghala ke Senawang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata akibat kemalangan itu, pemandu bas yang mengalami kecederaan parah pada bahagian dalaman menerima rawatan di Hospital Putrajaya.

Penumpang bas serta pemandu lori treler yang cedera ringan menerima rawatan di Hospital Putrajaya, Hospital Cyberjaya, Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619