PBT

MPHS kumpul lebih 16kg lebihan makanan, minuman bazar Ramadan

17 Mac 2025, 11:12 AM
MPHS kumpul lebih 16kg lebihan makanan, minuman bazar Ramadan

SHAH ALAM, 17 MAC: Inisiatif TakNakBazir x MySaveFood dilaksanakan Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) berjaya menyelamatkan sebanyak 16.8 kilogram (kg) makanan dan minuman daripada dibazirkan.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi Facebook berkata inisiatif itu bukan sahaja mengurangkan sisa makanan dari bazar Ramadan malah dapat membantu golongan yang memerlukan.

"Perincian jumlah makanan diselamatkan ialah minuman sebanyak 8.6kg dan kuih-muih (8.2kg). Namun kami masih kesal dengan tindakan segelintir peniaga yang membuang lebihan air ke dalam longkang.

"Kami menyeru semua pihak untuk lebih bertanggungjawab dalam menguruskan lebihan makanan dan minuman agar dapat dimanfaatkan sebaiknya," katanya.

Tahun lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan program MySave Food@ Bazar Ramadan yang dirintis Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan diperluas ke semua PBT.

Program mengumpul makanan di bazar Ramadan adalah bagi membantu lebih ramai golongan memerlukan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619