AGENSI

Sultan Selangor buka puasa bersama rakyat, rasmi Masjid Al-Ehsan

14 Mac 2025, 12:41 PM
Sultan Selangor buka puasa bersama rakyat, rasmi Masjid Al-Ehsan
Sultan Selangor buka puasa bersama rakyat, rasmi Masjid Al-Ehsan
Sultan Selangor buka puasa bersama rakyat, rasmi Masjid Al-Ehsan
Sultan Selangor buka puasa bersama rakyat, rasmi Masjid Al-Ehsan

KUALA LANGAT, 14 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke majlis berbuka puasa bersama rakyat di Masjid Al-Ehsan Kampung Tumbuk Darat di Tanjong Sepat di sini hari ini.

Keberangkatan Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin disambut Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Pada majlis sama, Sultan Selangor turut berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada 461 asnaf fakir miskin dan mualaf berjumlah RM230,500.

[caption id="attachment_691545" align="aligncenter" width="697"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan duit raya kepada asnaf sempena majlis Berbuka Puasa di Masjid Al Ehsan Kampung Tumbuk Darat Tanjong Sepat pada 14 Mac 2025. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Baginda turut berkenan merasmikan Masjid Al-Ehsan Kampung Tumbuk Darat di Tanjong Sepat yang berkeluasan 1.5 ekar yang siap dibina sepenuhnya pada 2013.

Sultan Sharafuddin berkenan melafazkan titah perasmian Masjid Al-Ehsan sebelum menandatangani plak perasmian bagi menyempurnakan majlis itu.

Dengan peruntukan RM1.4 juta, Masjid Al-Ehsan dibina dengan bercirikan binaan corak melayu moden itu mampu memuatkan 500 jemaah turut dilengkapi kemudahan seperti mimbar, mihrab dan laluan orang kurang upaya.

[caption id="attachment_691541" align="aligncenter" width="682"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menandatangani plak perasmian Masjid Al Ehsan ketika majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya kepada asnaf di Masjid Al Ehsan Kampung Tumbuk Darat Tanjong Sepat pada 14 Mac 2025. Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Baginda turut berkenan menunaikan solat maghrib, isyak dan solat sunat tarawih bersama rakyat di masjid tersebut.

Perasmian Masjid Al-Ehsan itu merupakan masjid kedua dirasmikan Sultan Sharafuddin sepanjang Ramadan ini.

[caption id="attachment_691543" align="aligncenter" width="658"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari solat magrib ketika majlis Berbuka Puasa dan sumbangan duit raya kepada asnaf di Masjid Al Ehsan Kampung Tumbuk Darat Tanjong Sepat pada 14 Mac 2025. Turut sama. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619