AGENDA

PBB: Kelaparan sebagai senjata jenayah perang di Gaza

8 Mac 2025, 11:06 AM
PBB: Kelaparan sebagai senjata jenayah perang di Gaza

GAZA, 8 MAC: Pejabat Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Palestin pada Jumaat menegaskan bahawa Israel mempunyai kewajipan undang-undang untuk memastikan penyediaan keperluan asas kepada penduduk Palestin yang berada di bawah kawalannya, lapor Emirates News Agency (WAM).

"Ini termasuk makanan, air bersih, tempat perlindungan dan penjagaan kesihatan yang mencukupi. Sebarang sekatan terhadap kemasukan keperluan asas bagi orang awam boleh dianggap sebagai hukuman kolektif. Penggunaan kelaparan sebagai senjata perang adalah jenayah perang," menurut kenyataan pejabat itu.

"Di Gaza, sejak perjanjian gencatan senjata berkuat kuasa pada 19 Jan, tentera Israel dilaporkan telah membunuh 58 rakyat Palestin, termasuk 10 kanak-kanak dan tiga wanita, kebanyakannya di kawasan yang ditetapkan sebagai 'zon larangan' oleh Israel seperti Koridor Netzarim dan Philadelphi, serta timur Rafah, Khan Younis dan Beit Hanun.

Ramai daripada mereka yang terbunuh dilaporkan cuba memeriksa keadaan kediaman mereka. Menyasarkan rakyat Palestin yang tidak terlibat secara aktif dalam permusuhan adalah jenayah perang, tanpa mengira sekatan pergerakan yang dikenakan oleh Israel," tambah kenyataan itu.

- BERNAMA-WAM

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619