AGENDA

Jakim, pihak berkuasa pastikan kes hina Islam ke muka pengadilan

7 Mac 2025, 6:39 AM
Jakim, pihak berkuasa pastikan kes hina Islam ke muka pengadilan

PUTRAJAYA, 7 MAC: Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) terus bekerjasama dengan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC), majlis agama Islam dan jabatan agama Islam negeri-negeri dalam memastikan kes penghinaan Islam dibawa ke muka pengadilan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata mana-mana pihak menghina Islam akan dipanggil dan disiasat mengikut saluran undang-undang yang sedang berkuat kuasa.

"Sepertimana proses siasatan dan pendakwaan kes-kes penghinaan Islam sebelum ini, ia menunjukkan bahawa kepentingan awam diambil kira bagi menjaga keharmonian bernegara.

"Agensi-agensi di bawah seliaan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) menyokong penuh penegasan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengambil tindakan kepada sesiapa sahaja terlibat dengan perbuatan menghina agama tanpa pilih kasih selaras dengan peruntukan undang-undang negara," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) sentiasa konsisten memelihara kesucian agama Islam serta menjaga keharmonian dalam konteks kemajmukan masyarakat selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.

Mohd Na'im berkata perbuatan segelintir pihak yang tidak menghormati sensitiviti agama di negara ini hingga mencetuskan kegelisahan awam adalah amat dikesali.

Justeru,beliau menyeru semua pihak untuk menghormati undang-undang serta proses siasatan yang sedang dilakukan oleh pihak berkuasa demi kepentingan negara.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619