AGENDA

Proses bedah siasat kematian pegawai kastam belum selesai

6 Mac 2025, 3:56 AM
Proses bedah siasat kematian pegawai kastam belum selesai

PUTRAJAYA, 6 MAC: Proses bedah siasat mayat Pegawai Tribunal Kastam masih dijalankan dan belum selesai setakat ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa.

Rusdi berkata kes melibatkan mangsa berusia 45 tahun itu masih dalam siasatan dan sekiranya ada keterangan yang menunjukkan perlakuan jenayah, maka kes akan diklasifikasikan semula.

“Bedah siasat masih belum selesai. Kes masih dalam siasatan, yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Semalam, media melaporkan seorang pegawai kastam ditemukan meninggal dunia dalam keadaan terbaring di lantai pejabat dengan keadaan leher dan kaki terikat menggunakan pengikat kabel.

Rusdi turut dilaporkan berkata pegawai kastam itu ditemukan maut di Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di sini dan hasil pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang unsur jenayah dijumpai.

Beliau berkata mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik dan Patologi Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619