AGENDA

Muat naik kandungan hina Islam, Harith, Cecelia dikompaun RM10,000

5 Mac 2025, 1:23 PM
Muat naik kandungan hina Islam, Harith, Cecelia dikompaun RM10,000

PUTRAJAYA, 5 MAC: Pelawak Harith Iskander dan Cecelia Yap Song masing-masing akan dikenakan kompaun berjumlah RM10,000 atas kesalahan memuat naik kandungan serta komen bersifat jelik dan menghina agama Islam.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataan malam ini memaklumkan tindakan kompaun di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 itu dibuat setelah mendapat izin Jabatan Peguam Negara (AGC).

MCMC turut memaklumkan atas permintaan, pengendali Facebook, Meta telah menurunkan kandungan berkenaan setelah ia didapati melanggar garis panduan komuniti platform media sosial itu.

"Selain itu, permohonan penutupan akaun Facebook milik kedua-dua individu terbabit juga telah dibuat. Permohonan tersebut kini dalam penelitian dan penilaian pihak Meta," menurut kenyataan tersebut.

Harith didakwa memuat naik gambar secawan kopi dengan kapsyen yang didakwa menghina agama di akaun Facebooknya pada 18 Jan lepas, manakala Cecelia di bawah akaun Facebooknya Cecilia Yap Song KL didakwa memuat naik komen menghina agama Islam pada hantaran selebriti berkenaan tiga hari kemudian.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619