AGENDA

Doktor berkelakuan tidak senonoh dibebas dengan jaminan polis

2 Mac 2025, 12:10 PM
Doktor berkelakuan tidak senonoh dibebas dengan jaminan polis

GEORGE TOWN, 2 MAC: Seorang pegawai perubatan sebuah hospital di sini yang ditahan bagi membantu siasatan kerana berkelakuan tidak senonoh di tempat kerjanya pada Rabu, dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata jaminan itu diberikan selepas perintah reman terhadap doktor berusia 43 tahun berkenaan tamat hari ini.

"Polis ketika ini sedang melengkapkan kertas siasatan kes berkenaan di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-kesalahan Kecil 1955, sebelum diserahkan kepada Bukit Aman dan Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk tindakan seterusnya," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, pihak polis menahan pegawai perubatan itu di sebuah hospital di sini kira-kira 9.30 malam Rabu selepas menerima maklumat daripada pihak hospital berhubung kejadian berkenaan.

Lelaki itu kemudiannya direman selama empat hari bermula 27 Feb bagi membantu siasatan kes itu.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619