AGENDA

Ratu luncur air negara raih tiga emas kejohanan universiti dunia

2 Mac 2025, 6:05 AM
Ratu luncur air negara raih tiga emas kejohanan universiti dunia

KUALA LUMPUR, 2 MAC: Ratu luncur air negara Aaliyah Yoong Hanifah memulakan musim 2025 dengan cemerlang apabila meraih tiga pingat emas di Kejohanan Universiti Dunia Persekutuan Luncur Air dan Wakeboard Antarabangsa (IWWF) di Auckland, New Zealand.

Atlet berusia 21 tahun itu meraih emas acara jump wanita selepas melakukan 44.7 meter (m), mengetepikan cabaran wakil Austria Lili Steiner yang mencatatkan 43.5m manakala wakil tuan rumah Lily Meade gangsa dengan 41.5m.

Aaliya meneruskan kecemerlangan dengan meraih emas kedua dalam acara tricks wanita dengan mencatat keseluruhan 7,970 mata mengatasi pencabar dari Kanada Hannah Stopnicki (5,760 mata) untuk perak manakala gangsa milik atlet Australia, Layne Moroney (5,050).

Bagi acara slalom pula, Aaaliya menamatkan saingan di tempat keenam dengan 2.00/55kph/12.00m.

Kejayaan dua emas acara jump dan tricks serta tempat keenam slalom, membolehkan Aaliya merangkul emas ketiga selepas muncul juara keseluruhan dengan jumlah dikumpul 2,863.64 mata manakala Steiner di tempat kedua dan Meade ketiga.

“Emas pertama acara jump sangat luar biasa. Sejak 13 tahun lalu, setelah menangi emas acara tricks di Sukan SEA 2011 pada usia lapan tahun, saya yakin suatu hari nanti akan jadi juara dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, ketua jurulatih kebangsaan Hanifah Yoong mengakui terkejut dengan pencapaian Aaliya kerana Persekutuan Ski Air & Wakeboard Malaysia (MWWF) hanya menyasarkan satu pingat emas dalam kategori keseluruhan dan penamat podium bagi acara jump dan tricks.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619