AGENDA

Kanak-kanak empat tahun cedera parah di kepala selepas diserang sekumpulan anjing

1 Mac 2025, 11:00 AM
Kanak-kanak empat tahun cedera parah di kepala selepas diserang sekumpulan anjing

ALOR SETAR, 1 MAC: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera parah selepas diserang sekumpulan anjing di Kampung Dedek dekat Langkawi, hari ini.

Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata kejadian berlaku pada kira-kira 10.30 pagi berhampiran dengan rumah kanak-kanak berkenaan, yang terletak berdekatan dengan kawasan tapak perkuburan.

Beliau berkata kanak-kanak yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala itu dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

“Ibu mangsa dan pihak hospital telah membuat laporan polis berhubung kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial paparan yang menunjukkan keadaan kanak-kanak itu yang sedang duduk dalam keadaan berlumuran darah di bahagian kepala.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619