AGENDA

Dua warga Kemboja ditahan lombong emas secara haram di Rompin

25 Feb 2025, 8:05 AM
Dua warga Kemboja ditahan lombong emas secara haram di Rompin

KUANTAN, 25 FEB: Dua warga Kemboja ditahan kerana disyaki terlibat melombong emas secara haram di Sungai Jubau, Mukim Keratong Muadzam Shah, Rompin semalam.

Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara dalam hantaran di Facebook memaklumkan kedua-dua lelaki berusia 52 dan 33 tahun terbabit ditahan sekitar 12 tengah hari menerusi Op Bersepadu Khazanah yang dijalankan bersama Unit Penguatkuasaan Negeri Pahang (UPNP).

“Hasil pemeriksaan mendapati kedua-dua lelaki itu gagal menunjukkan lesen pelombongan yang sah dan beberapa peralatan melombong, kenderaan termasuk karpet getah yang mengandungi partikel emas kesemuanya bernilai RM96,000 turut ditemukan dan dirampas dalam operasi itu.

“Suspek diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Rompin manakala barang rampasan diserahkan kepada UPNP untuk tindakan selanjutnya,” menurut hantaran itu.

PGA Briged Tenggara memaklumkan kes disiasat mengikut Akta Enakmen Mineral Pahang 2001, Kanun Tanah Negara dan Sek 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

“PGA akan terus mempergiatkan usaha bagi mengekang kegiatan pelombongan haram daripada terus berleluasa di dalam negara,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619