AGENDA

Murid tahun empat tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia malam tadi

21 Feb 2025, 12:20 AM
Murid tahun empat tercekik gula-gula 'gummy' meninggal dunia malam tadi

GEORGE TOWN, 21 FEB: Kanak-kanak berusia 10 tahun yang kritikal selepas didakwa tercekik gula-gula jenis gummy, meninggal dunia malam tadi.

Berita sedih itu dimaklumkan ibu saudaranya Siti Farhani Muhammad Fikri, 33.

Siti Farhani ketika dihubungi berkata Mohammad Fahmi Hafiz Mohammad Fakhruddin meninggal dunia kira-kira 11 malam ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) Hospital Pulau Pinang.

“Saya dimaklumkan oleh ibu Mohammad Fahmi Hafiz, mangsa meninggal dunia sebentar tadi dan jenazah akan dikebumikan di kampung neneknya di Permatang Binjai selepas selesai urusan di hospital nanti,” katanya.

Kelmarin, media melaporkan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Dua, Butterworth kritikal dan dirawat di PICU Hospital Pulau Pinang selepas tercekik gula-gula jenis gummy yang dibelinya di luar kawasan sekolah.

Mohammad Fahmi Hafiz dipercayai membeli dua biji gula-gula itu sebelum sesi persekolahan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) pada 2.30 petang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619