AGENDA

Cuba ambil bola jatuh sungai, dua pelajar sekolah lemas

17 Feb 2025, 12:08 PM
Cuba ambil bola jatuh sungai, dua pelajar sekolah lemas

IPOH, 17 FEB: Dua pelajar lelaki sekolah menengah berusia 16 tahun dikhuatiri lemas semasa cuba mengambil bola di dalam sungai di Kampung Tepus dekat Parit hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata kedua-dua mangsa merupakan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Muhammad Shah, Parit.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan pada 4.21 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit digegaskan ke lokasi kejadian sejauh 11 kilometer.

"Dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR), penduduk kampung turut membantu pencarian dengan menggunakan bot nelayan, manakala anggota bomba menggunakan bot aluminium.

"Operasi turut mendapat bantuan daripada anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Kuala Kangsar dan BBP Pulau Pangkor," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sabarodzi berkata keadaan cuaca adalah mendung dengan air sungai berarus deras dan operasi SAR masih diteruskan ketika ini.

-- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619