AGENDA

PM mahu projek tebatan banjir, usaha basmi miskin tegar disegerakan

10 Feb 2025, 3:34 AM
PM mahu projek tebatan banjir, usaha basmi miskin tegar disegerakan

PUTRAJAYA, 10 FEB: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan usaha menjamin kebajikan rakyat seperti membasmi kemiskinan tegar dan projek tebatan banjir disegerakan.

Anwar berkata beliau meminta Perbendaharaan memberi kelonggaran supaya dapat dipercepat melalui peruntukan segera bersama Kementerian Ekonomi dan juga proses pre-queue yang lebih cepat.

Beliau berkata ini terutamanya melibatkan projek yang melalui proses tender yang memakan masa terlalu lama.

“Mengapa kita tekankan soal tender ini, kerana saya tengok kalau kita pakai rundingan ini, kita gunakan kaedah rundingan, banyak ketelanjurannya dan ketirisannya. Jadi sebaiknya kita gunakan tender.

“Tapi tender itu kadang-kadang kalau proses biasa, akan mengambil masa terlalu panjang namun orang yang terkesan dengan banjir ini tidak mampu menunggu,” kata beliau ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619