NASIONAL

Erdogan bakal terima anugerah tertinggi UM sempena lawatan ke Malaysia

9 Feb 2025, 5:58 AM
Erdogan bakal terima anugerah tertinggi UM sempena lawatan ke Malaysia

KUALA LUMPUR, 9 FEB: Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan akan dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Hubungan Antarabangsa oleh Universiti Malaya (UM) sempena lawatan rasminya ke Malaysia, sebagai penghormatan tertinggi serta pengiktirafan terhadap sumbangan beliau dalam diplomasi global dan perundingan antarabangsa.

UM dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Canselor UM, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan untuk menganugerahkan Ijazah Kehormat itu kepada Erdogan dalam satu Istiadat Konvokesyen Khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 10 Februari.

Majlis itu akan dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Pemimpin Turkiye itu dijadual melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula Isnin.

Pada 11 Februari, beliau akan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra, diikuti dengan pertemuan bersama Anwar.

Perbincangan itu dijangka merangkumi isu dua hala, serantau dan antarabangsa, yang akan mengukuhkan lagi perkongsian strategik Malaysia-Turkiye.

Lawatan itu juga akan menyaksikan pemeteraian beberapa Memorandum Persefahaman (MoU), diikuti dengan sidang media bersama.

Lawatan Erdogan akan diakhiri dengan Forum Perniagaan Malaysia-Turkiye, mencerminkan komitmen bersama antara kedua-dua negara dalam memperkukuh perkongsian ekonomi.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619