BERITA UTAMA

Lebih 1,000 penduduk hadir program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya

9 Feb 2025, 1:10 AM
Lebih 1,000 penduduk hadir program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya
Lebih 1,000 penduduk hadir program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya
Lebih 1,000 penduduk hadir program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya
Lebih 1,000 penduduk hadir program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya

SHAH ALAM, 9 FEB: Lebih 1,000 komuniti bandar raya Subang Jaya hadir memeriahkan Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang, semalam.

Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di Facebook berkata kerjasama dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) menjadikan edisi pertama HTKSJ tahun ini berlangsung lebih meriah.

[caption id="attachment_686144" align="aligncenter" width="692"] Lukisan mural di Tasik Sri Serdang pada Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang pada 8 Februari 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya.[/caption]

"Lebih 1,000 komuniti bandar raya hadir memeriahkan program HTKSJ 2025 di Taman Tasik Sri Serdang! Edisi kali ini lebih istimewa dengan kolaborasi MBSJ & UPM," menurut pihak berkuasa tempatan itu.

Menurut MBSJ, kerjasama itu juga menampilkan sentuhan seni mural di Tasik Sri Serdang bagi menambah keindahan kawasan serta menceriakan suasana sekitar.

"Pelbagai aktiviti menarik seperti fiesta sarapan pagi, pemeriksaan kesihatan percuma, Eco Free Market, Sukan Rakyat Tradisional & Explorace “Kenali & Hapus Denggi.

[caption id="attachment_686145" align="aligncenter" width="698"] Pertunjukan cara pemadaman kebakaran kecil oleh pihak bomba pada Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang pada 8 Februari 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya.[/caption]

"Turut diadakan pameran dari pelbagai agensi serta demonstrasi RC Helicopter, Anjing Pengesan K9 & pemadaman kebakaran kecil oleh JBPM," katanya lagi.

MBSJ juga merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang cabutan bertuah dan penghargaan atas sokongan penduduk.

"Tahniah kepada pemenang cabutan bertuah dan teruskan sokongan anda dan jumpa lagi di #HTKSJ bulan Mei nanti!" katanya.

[caption id="attachment_686146" align="aligncenter" width="704"] Pertunjukan Anjing Pengesan K9 pada Program Hari Tanpa Kenderaan Subang Jaya (HTKSJ) 2025 di Taman Tasik Sri Serdang pada 8 Februari 2025. Foto Facebook Majlis Bandaraya Subang Jaya.[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619