AGENDA

Ribuan premis diperiksa sepanjang raya Cina, gagal pamer harga antara kesalahan

5 Feb 2025, 2:42 AM
Ribuan premis diperiksa sepanjang raya Cina, gagal pamer harga antara kesalahan

PUTRAJAYA, 5 FEB: Sebanyak 6,007 pemeriksaan telah dijalankan ke atas premis perniagaan di seluruh negara sepanjang pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2025 dari 25 Januari hingga 2 Februari lepas.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Datuk Azman Adam berkata pemeriksaan itu merangkumi 108 premis borong dan 5,899 premis runcit.

“Sepanjang tempoh kuat kuasa skim, 483 tindakan kes telah diambil terhadap peniaga yang ingkar, melibatkan sitaan bernilai RM21,942.85 iaitu kesalahan gagal meletakkan tanda harga dan gagal menggunakan tanda harga merah jambu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata tiada sebarang kes membabitkan kesalahan menjual melebihi harga maksimum dikesan dan KPDN juga tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan skim berkenaan.

“Majoriti peniaga yang diperiksa komited dan mematuhi perundangan harga maksimum yang berkuat kuasa sepanjang pelaksanaan skim itu,” katanya.

SHMMP itu dilaksanakan selama sembilan hari iaitu empat hari sebelum perayaan, sehari semasa perayaan dan empat hari selepas perayaan, dengan 16 jenis barangan dikawal di bawah skim berkenaan.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619