AGENDA

Thaipusam: Tambang percuma komuter cermin nilai inklusif Kerajaan Madani

4 Feb 2025, 3:13 PM
Thaipusam: Tambang percuma komuter cermin nilai inklusif Kerajaan Madani

SHAH ALAM, 4 FEB: Langkah memberikan perkhidmatan Komuter KTM secara percuma sempena Thaipusam bukan sahaja menggembirakan masyarakat India, tetapi juga mencerminkan nilai inklusif dan kebersamaan yang diperjuangkan oleh kerajaan MADANI.

EXCO Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan Selangor V. Papparaidu berkata keputusan berkenaan menunjukkan dasar kerajaan MADANI bukan sekadar retorik, tetapi benar-benar menitikberatkan kebajikan rakyat.

"Dengan memberikan perkhidmatan percuma ini, kerajaan bukan sahaja membantu golongan kurang berkemampuan tetapi juga menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, sekali gus mengurangkan kesesakan lalu lintas yang sering berlaku semasa perayaan besar.

"Langkah ini juga selari dengan matlamat kelestarian alam sekitar kerana penggunaan pengangkutan awam yang lebih meluas boleh mengurangkan pelepasan karbon daripada kenderaan persendirian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke dilaporkan berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menawarkan perkhidmatan tambang percuma selama dua hari sempena Thaipusam bermula 10 Feb.

Kemudahan itu ditawarkan kepada penumpang KTM Komuter Lembah Klang, menggunakan mekanisme imbasan keluar melalui pintu automatik (ACG), selain akan beroperasi selama 24 jam bagi tempoh empat hari bermula Ahad.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619