AGENDA

Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam

2 Feb 2025, 2:20 PM
Trafik sesak di lebuh raya utama, jangka berlarutan hingga lewat malam

KUALA LUMPUR, 2 FEB: Aliran trafik di lebuh raya utama negara menuju ke Lembah Klang masih perlahan susulan orang ramai mula pulang ke ibu kota selepas cuti panjang Tahun Baharu Cina.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memaklumkan setakat 9 malam ini, kesesakan berlaku di beberapa lokasi di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dan Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) susulan pertambahan jumlah kenderaan dan dijangka berlarutan sehingga lewat malam.

Beliau memaklumkan kesesakan menuju ke Lembah Klang dari arah utara tanah air antaranya melibatkan lokasi Gurun menuju ke Sungai Petani Selatan, Gopeng ke Bidor, Tanjung Malim ke Bukit Tagar dan Bukit Beruntung ke Sungai Buaya.

Katanya bagi arah selatan, kesesakan berlaku di Pedas-Linggi ke Seremban.

Bagi arah pantai timur pula, kesesakan berlaku di Plaza Tol Bentong menuju ke Lentang dan Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol PLUSLine 1-800-88-0000 dan laman X @plustrafik, atau talian LLM 1-800-88-7752 serta laman X @llmtrafik.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619