AGENDA

Remaja seludup petrol dengan motosikal ditahan

29 Jan 2025, 7:55 AM
Remaja seludup petrol dengan motosikal ditahan

KOTA BHARU, 29 JAN: Remaja lelaki berusia 17 tahun ditahan kerana disyaki menyeludup petrol di pangkalan haram Gergaji di Rantau Panjang, Pasir Mas, semalam.

Komander Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata remaja itu ditahan pasukan Batalion 9 PGA dalam rondaan Op Taring Wawasan Kelantan setelah dikesan menunggang motosikal dalam keadaan mencurigakan di kawasan pangkalan haram itu kira-kira 11 pagi.

“Pemeriksaan lanjut menemukan lebih 40 liter petrol tanpa dokumen sah yang disyaki untuk diseludup ke negara jiran, Thailand dengan anggaran nilai rampasan termasuk motosikal berjumlah RM6,082.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan hasil rampasan dibawa ke Komtak PGA Taman Bakti untuk tindakan selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam serbuan berasingan, Nik Ros Azhan berkata pihaknya turut menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik disyaki dari Thailand untuk pasaran tempatan bernilai RM20,000 di pangkalan haram Posmen, Rantau Panjang, Isnin lalu.

Beliau berkata anggotanya menjumpai beberapa kotak di kawasan pangkalan haram itu ketika membuat rondaan Op Taring Wawasan Kelantan jam 3 petang.

"Rampasan produk kosmetik tanpa dokumen sah itu disiasat di bawah Seksyen 7(1)(E) Peraturan-Peraturan Dadah dan Kosmetik," katanya.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619