AGENSI

EXCO: Selangor sedia hulur sumbangan persekolahan bantu kanak-kanak GISBH

27 Jan 2025, 8:23 AM
EXCO: Selangor sedia hulur sumbangan persekolahan bantu kanak-kanak GISBH

SHAH ALAM, 27 JAN: Kerajaan Negeri akan menyampaikan bantuan persekolahan kepada kira-kira 200 kanak-kanak yang terkait dengan kumpulan GISB Holdings (GISBH) sempena sesi persekolahan akan datang.

EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah berkata sumbangan hasil penajaan beberapa pihak itu merupakan tanda sokongan kepada kanak-kanak terbabit yang sebelum ini hanya menerima pendidikan tidak formal.

"Ada permohonan daripada pihak Majlis Agama Islam Selangor (Mais) supaya 200 anak-anak yang dilepaskan sebelum ini masuk ke sekolah kebangsaan.

"(Jadi) Kerajaan Negeri bersetuju memberikan bantuan persekolahan kepada mereka seperti mana anak-anak yang lain, insya-Allah kita akan bekalkan secara peribadi kepada setiap anak.

"Setakat ini, belum ada peruntukan khusus tetapi kita menerima tawaran daripada penyumbang luar yang hendak bantu, kita tetapkan mungkin dalam RM200 untuk setiap kanak-kanak," katanya.

Ditemui selepas majlis amanat Tahun Baharu 2025 di sini, Fahmi turut mencadangkan Lembaga Zakat Selangor (LZS) memanfaatkan dana asnaf riqab untuk membantu kanak-kanak yang diselamatkan dari pusat perlindungan milik GISBH.

"Kita akan beri elaun ini secara bulanan selain untuk pastikan mereka hadir ke program pemulihan. Kalau bagi secara one-off (terus), kita khuatir mereka tidak akan hadir ke program ini jika dipanggil," katanya.

Minggu lalu, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menitahkan LZS supaya menyalur peruntukan asnaf riqab bagi proses pemulihan ahli kumpulan GISBH.

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619