PBT

MBPJ hulur sumbangan RM300 kepada penduduk, rai Tahun Baharu Cina

18 Jan 2025, 12:00 PM
MBPJ hulur sumbangan RM300 kepada penduduk, rai Tahun Baharu Cina
MBPJ hulur sumbangan RM300 kepada penduduk, rai Tahun Baharu Cina

OLEH DEWI ABDUL RAHMAN

PETALING JAYA, 18 JAN: Kegembiraan jelas terpancar di wajah 100 penerima berbangsa Tionghua terdiri daripada warga emas dan ibu tunggal di kawasan Petaling Jaya, yang menerima sumbangan berjumlah RM300.

Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon berkata inisiatif dilaksana Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) setiap tahun sempena Tahun Baharu Cina itu bertujuan mengurangkan beban golongan kurang mampu di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan itu.

"Perayaan Tahun Baharu Cina bukan sekadar tradisi dan sambutan tetapi juga peluang untuk kita berbakti serta membantu mereka yang memerlukan.

[caption id="attachment_682615" align="aligncenter" width="661"] Datuk Bandar Petaling Jaya Mohamad Zahri Samingon bergambar bersama salah seorang penerima sumbangan Tahun Baharu Cina. Foto Facebook MBPJ[/caption]

"Ia mencerminkan semangat keprihatinan dan kebersamaan MBPJ, memastikan tiada golongan dipinggirkan ," katanya selepas penyerahan sumbangan itu di Kompleks Sukan Arena Petaling Jaya.

Turut menerima sumbangan adalah daripada golongan B40 dan miskin bandar di kawasan berkenaan.

Beliau berkata usaha itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial MBPJ sejajar dengan sasaran Kerajaan Selangor melalui Rancangan Selangor Pertama (RS1), bawah strategi kedua iaitu Peningkatan Kesejahteraan dan Keterangkuman Sosial.

"Apabila PJ telah dinobatkan sebagai bandar paling bahagia tahun lepas, kebahagiaan itu kita pamerkan menerusi pemberian seumpama ini," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619