AGENDA

Air naik lebih 1.2 meter, bomba bantu pindah calon SPM ke asrama

15 Jan 2025, 1:01 AM
Air naik lebih 1.2 meter, bomba bantu pindah calon SPM ke asrama

KAPIT, 15 JAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak membantu memindahkan calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari kediamannya di rumah panjang ke asrama sekolah.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sarawak dalam satu kenyataan awal hari ini memaklumkan pihaknya menerima panggilan daripada seorang guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kapit 2 pada 10.34 malam tadi.

“Berikutan itu pasukan keluaran operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit telah dihantar segera ke lokasi.

”Jalan keluar di rumah panjang yang terletak di Sungai Sibau, Jalan Bukit Goram, Kapit itu dinaiki air banjir setinggi lebih 1.2 meter,” menurut kenyataan itu.

Pihak Bomba bertindak memindahkan pelajar dari rumah panjang ke sekolah berkenaan menggunakan bot gentian fiber milik Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak (SDMC) Pejabat Daerah Kapit.

“Pelajar kemudian diserahkan kepada warden asrama untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

Banjir di kawasan rumah panjang berkenaan masih terkawal kerana bertiang dan paras air dari lantai rumah adalah kira-kira 2.1 meter.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619