AGENDA

Penternak digesa kawal ternakan, boleh diambil tindakan jika haiwan punca kemalangan

11 Jan 2025, 9:00 AM
Penternak digesa kawal ternakan, boleh diambil tindakan jika haiwan punca kemalangan
Penternak digesa kawal ternakan, boleh diambil tindakan jika haiwan punca kemalangan

KUALA SELANGOR, 11 JAN: Penternak digesa mengawal haiwan ternakan daripada berkeliaran di kawasan jalan raya berikutan laporan kematian yang tinggi akibat kemalangan membabitkan binatang peliharaan atau ternakan.

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata berkata mereka yang masih degil bakal berdepan tindakan sewajarnya menurut peruntukan akta yang ditetapkan.

"... harap penternak jangan lagi melepaskan haiwan mereka seperti dahulu. Kena faham dan kerajaan menerusi agensi tertentu boleh bertindak berdasarkan akta berkaitan," katanya selepas melawat tapak Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS di Selangor Fruit Valley di sini hari ini.

[caption id="attachment_681593" align="alignleft" width="359"] Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu ditemui media ketika Lawatan Projek Tanaman Bawang Rose Ehsan PKPS di Selangor Fruit Valley, Rawang pada 11 Januari 2025. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

Beliau berkata penternak boleh mencari cara baharu antaranya dengan melepaskan ternakan di kawasan ladang yang dikawal supaya tidak membahayakan pengguna jalan raya khususnya di kawasan luar bandar.

Sebelum ini, Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri dilaporkan berkata 109 pengguna jalan raya maut di seluruh negara disebabkan haiwan peliharaan atau ternakan sepanjang tahun lalu.

Beliau berkata dalam tempoh itu, 14,560 kes kemalangan membabitkan haiwan liar, haiwan peliharaan dan ternakan dicatatkan di seluruh negara dengan 13,877 kes kemalangan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619